Weird Asia News

Lifehacker

Gizmodo

Tuesday, July 8, 2008

Suara rakyat masih perlu didengari

Aneh jikalau kerajaan pimpinan Pak Lah, tanpa segan, memekakkan telinga terhadap rintihan rakyat yang inginkan penyelesaian serta penyelesaian yang betul-betul mantap untuk kekangan hidup yang dihadapi daripada kenaikan harga minyak. Jangan sekadar meminta rakyat mengubah corak hidup atau mengurangkan perbelanjaan.

Apa nak beli kalau barang pun semua mahal-mahal? Jadi bila kerajaan memekakkan telinga terhadap semua ini, rakyat mengambil keputusan memprotes. Protes merupakan perbuatan menarik perhatian yang drastik. Ia merupakan satu-satunya cara rakyat seluruh dunia ingin menarik perhatian terhadap isu yang benar-benar menikam mereka. Ini jelas tampak semasa pergerakan People's Power di Filipina yang mengulingkan Presiden Ferdinand Marcos. Rakyat memprotes apabila segala saluran-saluran lain tidak membawa manfaat.

Menurut laporan Bernama, Najib berkata demonstrasi bukan cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana demonstrasi hanya meluahkan perasaan sahaja dan bukannya mencari penyelesaian yang realistik dan mampu dilaksanakan.

Sumber: Malaysiakini


Amat senang untuk Najib menyifatkan perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) semalam sebagai "gagal kerana tidak ramai rakyat yang menyertainya". Adakah jumlah menjadi pengukur berjaya atau tidak? Yang penting disini, rakyat telah bersuara dan suara rakyat lantang namun kerajaan ini masih terperangkap dalam mimpi indah mereka tanpa menyedari bahawa rakyat dah muak dan hilang kepercayaan mereka. Kenapa Najib tidak sahaja mengaku bahawa beliau sedar keperitan rakyat dan menyatakan langkah-langkah drastic untuk menolong rakyat. Kerajaan mesti nampak bahawa mereka sedar kesusahan yang dialami pengundi yang mengundi mereka.

Protes ini tidak gagal kerana ia berjaya menyatukan suara rakyat (yang berani tampiluntuk hadir) untuk menyatakan kepayahan yang dialami mereka. Jikalau kerajaan ini masih membutakan diri mereka terhadap apa yang disuarakan rakyat maka mereka (kerajaan) memang berhak diganti.

0 comments:

Consumerist

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP